iLovePalestine.com

Tuesday, April 14, 2009

Harmoni


"Wahai umat manusia!
Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu
dari lelaki dan perempuan,
dan Kami telah menjadikan kamu
pelbagai bangsa dan bersuku puak,
supaya kamu berkenal-kenalan
(dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah
orang yang lebih takwanya di antara kamu,
(bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya
(akan keadaan dan amalan kamu)."
-Al-Hujurat, ayat 13-

Salam sejahtera ke atas rakan2 semua. ^_^
Sungguh cantikkan agama Islam? Islam is the way of life. Dari segala aspek kita diajar untuk berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat. Antaranya ialah untuk berjaya dalam menghargai dan menghormati budaya bangsa2 lain.

Jelas dari ayat Al-Quran di atas, kita dicipta berbilang-bilang kaum dan bangsa, supaya kita dapat berkenal-kenalan. Mengenali budaya sendiri dan bangsa lain. Perkara yang baik tentang budaya lain kita jadikan contoh manakala yang buruk kita letak jauh2. Terdapat pelbagai perkara yang menarik yang boleh didapati dalam setiap budaya.Contohnya Melayu, Cina dan India di negara kita, terdapat pelbagai perkara menarik tentang setiap bangsa2 ini. Unik dalam cara mereka tersendiri.

Mana boleh kata pasar malam tak laku,
bila kita ada gulai lemak, yong tau fu dan maruku...

Mana ada hari tak naik seri,
bila kita hias dengan kebarung, cheongsam dan sari...


Ayuhlah rakan2, kita merapatkan silaturrahim kita sesama agama, walau berlainan bangsa.Kalau dulu kaum Ansar dengan hati terbuka menerima dan menyambut kaum Muhajirin, mengapa kita tak boleh? Harta menjadi lebih berkat dikongsi bersama, makanan lebih lazat dimamah bersama.

Ingat ya wahai rakan2, kita diukur mengikut ketakwaan kita kepada Allah, bukannya diukur dari mana asal atau bangsa kita. Gunakanlah kepelbagaian bangsa dan budaya ini sebagai salah satu cara untuk kita meraih lebih banyak pahala, bukannya dosa. Janganlah kita terlalu membanggakan bangsa kita, memperolokkan pula bangsa lain, lupa bahawa kita sebenarnya adalah saudara seagama.



Ayuh berkenal-kenal dan beramal-amal... (^_^)

.....Majulah remaja untuk agama

2 comments:

kuяt nurmen said...

i really respect the efforts u guys are putting in here.

Keep it up.

May god bless u all.

sya-shan said...

thanks arel!
btw, u r the one yang dah byk travel,
sure da byk experience with variety of culture.
do share with us~

sila beri tunjuk ajar~

^_^