Wednesday, December 23, 2009
How to get an A Grade final Exam?
By Muhammad Alshareef
1. In school, you can often redo your exam if you fail. In the hereafter, if one fails there is no going back.
2. In school, you often do not know what questions will be asked. In the hereafter, there are only 3 questions: Who is your Lord? What is your Deen? And who is this man who was sent to you? But the answers are answers you live by.
3. In school, we stay up at night to prepare for the exam the next day. So too in Allah's exam, we should be staying up in night prayers.
4. In school, we pray and hope and work for an outstanding mark. So too should be our attitude towards Allah's exam.
5. In school, when we get a great mark, we erupt with happiness. So too will the believers erupt in happiness when they get their books in their right hands. Work for it.
6. In school, when we get a bad mark, sadness can be seen on our faces, and we dislike to face others. So too in the hereafter. Protect yourself from that.
7. During a school exam, you cannot ask anyone for help. In the hereafter, you can prepare from now to get assistance from Allah's Messenger, the Quran, and other ways of intercession.
8. In school, when exam time draws near, we banish distractions to focus on what is really important. In Allah's exam, isn't death within 1 heart beat? Banish distractions and focus.
9. In school, until exam results come out, we worry about the result. In Allah's exam, we don't know what our result will be, so we spend our days in hope and worry until the results come out.
---------
credit to my friend for this post ;)
--------
Saturday, November 28, 2009
cik Atikah Khairiri turns 21~
inilah cik atikah yg chumil... sedang membaca doa selesai berusrah di taman tasik di cheras. (nih usrah ke potluck ntah.. LoL) welcome to the family untuk cik atikah. ^_^ . semoga dikuatkan ukhuwah kita semua...
lagi cupcakes dari cik atikah. sebarang pesanan boleh dibuat terus kepada cik atikah ye. :P
Thursday, November 19, 2009
~Tawakkal~
dan terpuji , bahkan ianya memang diperintahkan oleh Allah SWT . Tawakkal adalah satu
manifestasi keyakinan kepada kekuasaan Allah SWT bahawa hanyalah Allah yang berkuasa berbuat sesuatu , sedangkan makhluk tidak berkuasa dan lemah sekali , di mana pada setiap ketika memerlukan pertolongan Allah SWT :
“Dan bertawakkallah engkau kepada Tuhan yang hidup, tiada mati, dan bertasbihlah dengan memuji-Nya.” (Al-Furqan: 58)
“Dan kepada Allah-lah hendaknya berserah diri orang-orang yang beriman.” (Ibrahim: 11)
“Apabila engkau telah mempunyai ketetapan hati (azam) maka bertawakkallah kepada Allah.” (Ali-Imran: 159)
Dari Umar bin Khattab berkata, Rasulullah saw bersabda: “Jika kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, tentu Dia akan memberikan rezeki kepada kamu seperti burung yang diberi rezeki, pergi dalam keadaan lapar dan pulang dalam keadaan kenyang.” [HR At-Tirmidzi]
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“….barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan penyelesaian. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendakinya). Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
p/s : sesudah berusaha bertawakkallah hanya pada Allah.tp jgn tawakkal bulat2 tanpa usaha.innallaha ma'ana.all the best utk geng biskut meri n sepupu2.yang blm abes exam lagi truskan perjuangan.doakan yang terbaik untuk kite semua. ^_^
.dearie.
Friday, October 30, 2009
Al-Fatihah...
Al-Fatihah utk mak kepada Nur Syazwani Amira yg telah kembali ke rahmatullah pd pukul 3.56 a.m. (31.10.09) ni di icu husm, kubang kerian..takziah.
p/s: terkilan kerana tidak sempat menziarahi ibunya...
Monday, October 26, 2009
sama2 kita doakan...
" Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu Dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan."
(21:35)
Friday, October 23, 2009
Girl's day out..perghh
smalam iaitu 23.10.09, me,hannan,syah,aisyah,filzah n also our mas'ulah yaitu kak tah telah planning la nk g meronggeng2 lpas office hour ke batu gajah. so pd plan asal nye nk g ng kereta kak tah je, pas2 memandangkan aish mcm ramai je nk pg so bw la dau1125 skalik. tentatif perjalanan adlh spt berikut:
lebey kurang 5.30pm:
me,syah n aisyah men'vroom' dau1125 dgn laju nya menuju ke blok 21 memandangkan nk jalan skali ng pgt50 yg tuannya msh tgh bermeeting ketika itu.maka sblom smpai ke blok 21, dau1125 singgah la dahulu kt cimb.mengapa?ala mcm biasa la, cucuk duit la dlu sblom meronggeng,hehehe. (filzah n hannan jalan kaki je ke blok 21.al maklum lah,dorg on diet)
dlm 5.45pm:
smpai di blok 21 tetapi tuan pgt50 msh lg bermeeting, maka kami sbgai anak2 bonda yg amat baik perilaku nya menanti dgn sabar meeting tu hbs smbil mghantar sms kpd bonda(cpt la keluar meeting). setelah hbs meeting, melihat bonda berjalan dgn bergaya nya smbil di tangan nya kelihatan besinar2 karipap pusing.apelagi, kami yg tgh kebuluran sb xmkn ape2 drpd pg td(esp bdak 2 ler,hehe) menerkam terus karipap yg ad dgn sopan nya lalu mghabiskannya tanpa sedikit habuk yg tgal(lapar benor ler katakan).
kol 6pm lebey kot:
setelah dibilang brp org yg ad, maka bonda memutuskan kita naik pgt50 je ler g batu gajah. dau1125 tgal kt pak gad je la. maka dau1125 dgn pgt50 pon racing la sket, nk tgok sape smpai dlu kt pak gad.of course la dau1125 yg menang.yes!. w/pon pgt50 agak besar jgk, tp kami lg besar dr pgt50,hahaha.nsb la kan kna duk sempit2.mn xsempitnya,6 org 1 keta kan.
maybe 6.30pm:
akhirnya smpai di batu gajah, agenda utama kami adlh makan di marrybrown.tanpa berfikir pjg, kami order mkanan byk2 sb mmg dh lapar sgt2 dh ni.siap ad yg nk pengsan ag(rekaan shj). nsb kami mmg baik btol sb kt marrybrown ade tulis,sape yg ad jusco card dpt 10% less,.fuyyoo. kami pon sgera men'grab' kad jusco syah (dia je la yg ad) n mbuat byaran.pas2 sesi mkn3 n berfoto-fotoan bermula.
7.30pm lbey:
menuju ke ktm batu gajah utk smyg maghrib. dh smyg maghrib ramai2, pgt50 sgera pecut ke tmpt refleksiologi tetapi................malang nya di situ, KEEEDAAAII TUTTTTUUPPP LAAA PLAK! frust sguh la haih. dh kedai tu ttp, kotorg pon turn back la pg shopping kt TF Market. bole la jgk knal2 pasaraya baru tu. xde la asyik knal JJ je kot.
10pm sumthin:
tiba di utp dgn agak kpenatan.tlg3 bonda angkat brg ke BIZZ n ..........
moral of the tentatif:
1) sabar separuh drpd iman (part yg tgu tuan pgt50 hbs meeting)
2)berat sama dipikul, ringan sama dijinjing (part yg naik keta 6 org 1 keta)
3).......
yg lain2 tu pikir sdiri la ye,hehehe.nt post kt comment okeh
sekian,
100++
gengbiskutmeri
bakal intern next sem.chow.wsalam
Thursday, October 15, 2009
a st0ry of blind b0y~
A blind b0y sat on the steps of a building with a hat by his feet.
Moral of the story:
-be thankful for what you have. Alhamdulillah. Alhamdulillah.Alhamdulillah.think positively. invite others t0wards good
-The most beautiful thing is to see a person smiling. And even more beautiful is, knowing that you are the reason behind it.
so guys. =) senyum2..& bersyukurlah!! ingat!!!!!!! ^______^
Sunday, October 11, 2009
Kau Bagai Cahaya
by saujana
Sesegar ingatan kenangan kisah silam
Kita seiringan bersatu berjuang
Meniti titian persahabatan
Kau hadir bawa cahaya
Terangi hatiku teman
Saling memerlukan dan mengharapkan
Tangis gembira disaat bahagia
Moga kan kekal menuju ke syurga
Kerana Tuhan kita ditemukan
Andai terpisah itu ketentuan
Sedingin embunan dedaun kehijauan
Sesegar ingatan kenangan kisah silam
Kita seiringan bersatu berjuang
Meniti titian persahabatan
Sengketa dan kesilapan
Itulah fitrahnya insan
Kata dan teguran
Itulah pedoman
:)
Sunday, October 4, 2009
siapa dia Umar al-Khattab?
Bismillahhirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
let us start here,
siapa yg xkenal saidina Umar Al-Khattab bin Nufail bin Abd al-Uzza bin Ryah bin Abdullah bin Qurti bin Rizah bin Adiyyi bin Kaab?? meh angkat tangan 0/.
jom same2 kenal.. ini sejarah kite beb!~
~al-faruq, itulah gelaran khalifah ke-2. iaitu orang yang berani menyatakan kebenaran..
~dilahirkan pd 42 tahun sebelum hijarah..
~Hantamah bin Hisyam, bondanya..
~berjaya membebaskan umat islam semenanjung tanah Arab dari kuasa Rom & Parsi
~berjaya menakluk Syria, Iraq, Jordan & Mesir
~Kemuncak kejayaannya ialah apabila berjaya menakluk *Jerusalem dari kekuasaan Rom..
~Memerintah selama 10 tahun 6 bulan 4 hari
~Pengasas sistem politik Islam & pelakksana undang2 syariah dalam negara
~Memperkenalkan pasukan polis (encik2 polis sekalian..pekerjaan kamu semua diperkenalkan oleh khalifah ke-2..mantapla!!)
~Membina markas tentera utk membangunkan pelabuhan bg menguatkan angkatan tentaranya
~Membina bandar-bandar baru bg mengembangkan budaya islam
~memajukan sistem pertanian serta menyusun ekonomi islam
~Mengasaskan sistem pelajaran islam
~dari kaum bani Adi
guys..see.. umat islam hebat bkn? tp skrg? sendiri mau PK la kan...
opss..okey..mesti korang teringat zaman2 kite semua belajar pendidikan islam or al-quran sunnah or sirah time kat sekolah2 dulukan??
dok menghafal la fakta2 nih..semata2 sbb exam..okeh..aku p0n same jeh T_T.. ouh~~
*Jerusalem
~kota suci bagi ketiga2 agama iaitu Islam, Yahudi & Kristian
~di dalam kota ini letaknya MAsjid al-Aqsa yg dibgnkan oleh nabi Sulaiman AS
~time peristiwa israk & mikrajkan.. rasullullah singgah & sembahyang kat masjid al-Aqsa sebelum Mikraj ke langit
~ bg penganut Kristianlakan(semoga Allah bg hidayah kpd mereke)..diorang anggap tmpt suci diorang sbb.. Nabi Isa dilahirkan di Baitullaham berdekatan kota Jerusalem..
~beratus tahun kerajaan Rom memerintah Jerusalem..tp bile Islam dah tersebar dari Mekah, gelabah ah pemerintah Rom & mereke serang Islam.
~tadaaa...time pemerintahan khalifah Umar al-khattab, Jerusalem berjaye direbut secara damai oleh tentera islam di bawah pimpinan Abu Ubaidah al-Jarrah
Tuesday, September 15, 2009
TAFSIR: AL- INSYIRAH [94] SOOTH U ANYTIME. sweeeeeeeet ^_^
salam teman2!!~
kli nh ttg surah al-insyirah / as- syarah (alam nasyrah laka sadrak) :
Bckground:
-surah Makkiyah
-tron after surah adhuha
-8 ayat
-surah ke 94
-nme len in malay "lapang y mlegakakn"
Tafsir:
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
(1)Bukankah Kami telah melapangkan dadamu(Muhammad)?
(2)Dan telah Kami ringankan bebanmu* yang berat?
(3)Yang membebankan punggungmu?
(4)Dan Kami muliakan namamu**.
(5)Sesungguhnya di samping kesukaran datanglah kesenangan.
(6)Sesungguhnya di samping kesukaran datanglah kesenangan.
(7)Apabila engkau telah selesai (mengerjakan sesuatu pekerjaan) maka bersusahpayahlah(mengerjakan lain pekerjaan)***
(8)Dan kepada Tuhanmu,berharaplah..
*kesusahan-kesusahan y didritai nbi Muhammad (s.a.w) lm mnympaikn risalah
**Allah memuliakan nabi dgn mnyertakan nama Allah & nama Baginda dlm kalimah syahadah
***ade y mntfsirkan apabila engkau(Muhammad) selesai berdakwah, maka beribadahlah kepada Allah; apabila engkau telah selesai melaksanakn urusan dunia,kerjakalah urusa akhirat,, dn ade mngatekn apabila telah mngerjakan solat, maka berdoalah
Huraian:
Ayat (1)
Ayt nh bbntuk pertanyaan ("Bukankah...") dan juge mngandungi ketetapan; Allah dh ttapkn utk mlapangkn dada nabi dgn mmbuke hatinye utk terime hidayah,pengetahua, kebijaksanaan dan kenabian. Remember when he still child, dadanye dibelah, hatinya dikluakan n dibasuh dgn ar zam2 oleh Jibril.
Ayat (2) - (3)
-Beban = kesalahan. Allah mngampnkn kesalahan nabi semasa zaman Jahiliah slom dilantik mnjdi nabi "Supaya Allah mngampuni kesalahan engkau yang telah lalu n akan dtg"(Surah Al Fatah: 2) Kan nabi tuh maksum (terpelihara dr kesalahan)
-Beban = kesusahan y dderitai oleh Nabi ktika mnyiarkan perutusan Allah y dipikulnya seolah2 mmbebankan punggungnya
Ayat (4)
Allah memuliakan Nabi kerana namanya disebut2 di dunia n akhirat. Contohnya kalimah syahadah. Kn tyme smbhyang disebot dlm tahiyat awal n akhir. x sah taw klu x bce.Haaa
Ayat (5) - (6)
Allah janjikan kemudahan n kesenangan kpd org y didatangi kesulitan. Jika Nabi mnderita bjihad mnntang kaum Musyrikin, Allah beri pula kmenangan dengan dpt mngalahkan kaum Musyrikin. Ketika tronnye ayat nh, Nabi bersabda "Bergembiralh kamu!! sesungguhnya tlh dtg kemudahan kpdmu. 1 kesulitan berkali2 x dpt mngalahkan 2 kemudahan". Janji Allah kpd kaum Mukmin, kesulitan ddunie akn diiringi dgn kemudahan ddunie n akhirat.
Ayat (7)
Allah tlh kurniakan nikmat y byk, maka Nabi digesa utk bersyukur n rajin beribadat. Apabila selesai kerjakan suatu ibadah, hendaklh diiringi dgn ibdah lain sbg tanda krjakeras y mmenatkn.
Ibnu Abbas- " Apabila selesai mngerjakan y fardhu, kerja keraslh utk tuhanmu dgn berdoa n berharaplh kpdNya serta memohon segala permintaan"
Ibnu Mas'ud- " Apabila selesai mngerjakan y fardhu, kerjaknlh sembhyg mlm. Apabila selesai bjihad mnentang musuhmu, kerjakanlh ibadat kpd Allah. Atau selesai mnyampaikn perutusan Allah, lakuknlh ibadat dgn mmnta ampun ats dosamu n dosa Muslimin lain.
Ayat (8)
Ibnu Kathir- "Jika selesai engkau dr mngerjakn urusan dunia n engkau putuskn hubungan dgnnya, maka tampillh mngerjakn ibadah dgn rajin n hati y lapang, ihklaskn niat serta keinginan semata krn tuhanmu, bkn kpd y lain
Celoteh:
.....Teringat kata-kata Jasmin.All the verses in the Quran are like personal love letters from God to us la.Tak percaya tengok dia punya translation ".If you want to find solace and balm for the sore,the words will heal it straight away.Ayat memujuk macam dalam al-Insyirah and ad-Dhuha.Sooth you anytime.Sweet!"... -versus by hlovate
Bibirnya tanpa sedar mengukir sengih tawar membaca perenggan itu.Kesian kat diri sendiri sebab tak faham Bahasa Arab,kan Jo?Betul ke al-Insyirah dengan ad-Dhuha tu ayat memujuk?Pujuk siapa?Jo tanpa sedar menggaru kepala yang tak gatal.Oh yes...Dulu mak pernah kata masa Nabi dalam Tahun Dukacita,Nabi sangat sedih.Kalau tak silap masa tu la mak kata Allah turunkan al-Insyirah.Dengan ad-Dhuha sekali ye?Mak pun selalu je suruh baca al-Insyirah kalau susah hati.Main baca je tapi meaning tak pernah nak ambil tau.Taklid betul la kau nie,Jo. -5 tahun 5 bulan by hlovate
p/s: Bykkn bce surah nh n surah dhuha if sdyh2, down, rse sesak, rse putus fius etc. hehehhe. muga terubat luke. daaa~ ^__^
"Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup,pintu yang lain dibukakan.Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutups ehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan untuk kita." -wani & farhin in bersyukur
-THE END-
Thursday, September 10, 2009
SALE!!!
bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum~~
Ramadhan is only 10 days left! Hey hey. Wake up! 10days? Im trying to imagine now. What if someone tells us there will be a HARI RAYA MEGA SALE tomorrow in Ipoh?! Clarks, Gucci, Gap, FYI, Body Shop bla bla bla is giving away 70% DISCOUNT! Wow~ I tell you, i will definitely, unquestionably skip all classes tomorrow!
Oh my, I am so willing to sacrifice my time and energy just to get extra clothes or perfumes with all money that I have now even though its nearly the end of month and I know I only have few left in the savings. But why not? Smart purchase right? Get more pay less. Super duper value. Whatever you wanna call it.
But why? why am I so keen, so excited, so eager to sacrifice my time, my energy, my only money left, to get those so-called super duper value stuffs? Why am I not as eager to get extra rewards during the MEGA SALE of the year? Yes. This Ramadhan, the month of rewards, the month of sale that Allah has given to muslims. Special to us. special to me :(
there is one hadith about the special rewards in Ramadhan, it says..
"Anyone who seeks nearness to Allah in this month through any virtuous act will be like one who carried out a religious obligation at another time, and anyone who performs an obligatory act of worship in this month will be like one who performed seventy such acts at another time. It is the month of patience, and the reward for patience is Paradise." (Sahih Ibn Khuzaymah)
wow, isn’t that amazing?
When we do one act of obligatory worship, we will not only receive double reward. Or triple. Or quadruple. We’ll get 70-ple!!
And imagine, if we smile to our friend, just one quick smile, the reward is equivalent to as if we’ve perform zohor prayer! Or perform hajj perhaps? Waaaa… isn’t that great?
That’s just only one quick smile. What about other good deeds? Saying good things, helping others, reciting qur’an, donating to the needy, sharing food with our friends, or any acts which is done for the sake of Allah, we eat, we drink, we read, we write, all of our daily routine, will be counted as ibadah! and these acts, insya-Allah will be rewarded same as obligatory worships in ordinary months! Whoaa, Im getting extra excited. Sorry ^^ (im applying engineering economics here. The concept of opportunity costs )
Subhanallah... Its already the 20th day of ramadhan. I wonder if this will be my last ramadhan? Do you think that ust Asri Rabbani knew that last year’s was his last ramadhan? (May Allah bless his soul..amin) ..oh, this is totally making me sad. what have i done for the past 20days? i even skipped tarawikh prayers! am i neglecting all of the offers that Allah has given? will i ever meet ramadhan again? T.T
Don’t worry, it is still not too late. There is something more!! Allah has promised that there is one night of power. This super special night is given by Allah only to selected people who are patient enough to look for that special night.
In surah al-qadr, Allah has promised,
"Truly We sent it down on the Night of Power. And what will convey to you what the Night of Power is? The Night of Power is better than a thousand months. In it the angels and the Spirit descend by their Lord's authority with every ordinance. It is Peace – until the coming of the dawn."
I think I should apply maths here
1 night = 1000 months
1 month = 30 nights
1000months = 30 000 nights?
30 000 nights = 83.3 years???
Do you think you will live that long? For me, I don’t think so. And I definitely don’t think that I’ll wake up every night and do qiam for 83.3 years T.T
I cannot even imagine what will the rewards be. Where else can we find 1=1000? Its not even equal, its greater than, remember? Is there any store where we can buy 1, free 1000? Seriously, Im sweating.
It does not matter anyway. I shouldn’t be thinking about how many rewards I’ll get. only Allah will decide the rewards for us if we struggle for the sake of Him, right?
Im just showing in numerical way so that it will open my eyes that Allah has promised me such BIG reward, yet I just ignored it. why am i still being a super-fat-lazybone?? Wasting time in ramadhan every day and night, chit-chatting for hourssss. What kind of servant am I?! T.T
He has given such opportunity to ask for His forgiveness, for all the sins that I have committed for the past TWENTY YEARS! in just 1 night, He promised, all previous sins will be forgiven.
as what our beloved prophet said,
"The one who remained standing in worship in the state of belief and for the sake of rewards from Allah during Lailat-ul-qadr, would have all his previous sins forgiven."(Sahih Bukhari and Muslim)
Astaghfirullah… come on geng, Do you dare to miss this opportunity too? Allah Al Ghafur, the Most Forgiving, The Great Forgiver, is giving away pardons. Its not too late. This one night, full of virtue, lets strive for that special night! If you’re still being lazy, just remember, this Ramadhan 1430, is never ever coming back to us. Its moving away.. and later, its gone. :’(
Oh ya, ever heard about fast2fund campaign? Come on, don’t miss this opportunity.
Kindly visit http://fast2fund.blogspot.com
To Gengbiskutmeri, & biskutmeri v2.0!
What are we waiting for? is rm100 seems quite a lot to you? Hehe..Lets share then. 50-50?
Hurry up or we’ll miss another reward!
Monday, September 7, 2009
Wednesday, September 2, 2009
Kesilapan Muslim dalam Bulan Ramadhan
Allahua'lam.
Kesilapan Muslim dalam Bulan Ramadhan
Kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r..a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT. Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah:
1. Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam)
Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)
2. Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam
Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
3. Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain
Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18) Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)
4. Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih
Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.
5. Tidak menunaikan solat ketika berpuasa
Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.
6. Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih
Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
7. Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah
Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)
8. Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa
Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinyamenambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkanprodu ktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.
9. Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat
Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)
10. Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur
Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)
11. Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat
Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.
12. Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba
Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain. Nabi Muhammad menceritakan : Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku…wahai Tuhanku… sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih) Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.
13. Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka
Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut : Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih ) Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih
Saturday, August 29, 2009
ilmu ikhlas
salaam semua, apa khabar iman?
dah lamaaa sgt tak post kat sini. nak kata xde masa tipu lah sgt kan.
anyway, saya ada cerita nak cerita ^^
last friday kami ada usrah gabungan. Ibtisam v2.0 + gengbiskutmeri v2.0 / v3.5
mule dgn tadarus ptg tu, then iftar together, magrib and then proceed dgn usrah.
dan short story yg dikongsi oleh Farhin sgt menarik, jadi saya share lah disini. begini kisahnya..
Seorang guru berkata kepada muridnya, “Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas,”
“Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya.”
“Tak payah, bawa sahaja karung guni.”
“Karung guni?” soal anak muridnya, seperti tidak percaya.
“Mari kita ke pasar!”
Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.
“Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu,” kata guru itu memberi arahan.
Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
“Cukup?”
“Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik.”
Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.
“Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?”
“Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?”
“Ya, ya…” kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.
“Banyak beli barang,” tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.
“Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli,” bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.
“Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu,” kata orang yang lain.
Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
“Oh, letih sungguh… apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?”
“Tak buat apa-apa.”
“Eh, kalau begitu letih sahajalah saya, tak dapat apa-apa pun,” balas anak murid.
“Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas…”
“Bagaimana?” tanya anak murid itu kehairanan.
“Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal.”
“Dengan memikul batu-batu ini?”
“Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu…”
“Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat…”
“Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!” ujar murid itu. Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYA' dalam beramal.
the end.
menarik kan? err, saya sorang je ke yang rasa pedas? oh.. teringat pulak kadang-kadang rasa seronok org tahu bila kita buat kerja. astaghfirullah, patut lah selalu sakit bahu. angkat batu rupe-rupenya :(
Ya Allah, jauhilah kami dari sifat riya'. sesungguhnya kami berlindung padaMu, dari kejahatan yang telah kami lakukan, kami mengakui dosa-dosa kami, maka ampunilah kami, kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa, kecuali Engkau. amiin
sentiasa cek balik niat masing2, penatnya.. ruginya.. buang peluh, buang air liur, buang masa, buang duit, buang semua2 tp xdpt apa2 pon sebenarnya. tin kosong. toing2.
dan Allah berfirman,
"Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang, maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka Jahannam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir. Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha kearah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalas dengan baik" [al-isra': 18-19]
..berusaha kearah itu.. isk, bersungguh2 kah aku? kamu pulak bagaimana?
sekian saja. eh semua, Jangan lupa Mega Sale!! Ramadhan 20 hari je lagi tinggal. xperlu ada J-Card :P
Friday, August 28, 2009
callin' U
by Outlandish
yo elmoro's back
we still in here
I can't believe we?re bout to do this again
u ready?
blaze it up, blaze it up for all my moros out there
Im callin' U
with all my goals my very soul, it fallin' through
in need of U
to trust in my faith, my tears and my ways is drowning so
I can not always show it but don't doubt my love
Im callin' U
with all my time and all my fights in search for truth
trying to reach U
see the worth of my sweat, my house, my bed
lost in sleep
will not be false in who I am as long as I breathe
I don't need no body
I don't fear no body
I don't call no body but You
my one and only
all I need in my life
Im callin' U
with all my joy and all my love is feeling good
cuz its due to U
see the time of my life, my days and my nights
so its aright
at the end of the day I still got enough on me and my
Im callin U
all my keys and my biz went so so smoothe
im thaking U
see the house in my life, my patience my wife
with all that I know
take no more than I deserve still need to learn more
our relationship so complex
found U when I was heading straight for hell and quest
U have no one to compare too
cuz when I lie to myself it aint hitting from U
I guess im thankful
word on the street is Ur changin me, it shows in my behaviour
past, present, future
lay it all out
found my call in Your house.
let the whole world know what this love is about