iLovePalestine.com

Saturday, August 29, 2009

ilmu ikhlas

bismillahirrahmanirrahim...

salaam semua, apa khabar iman?
dah lamaaa sgt tak post kat sini. nak kata xde masa tipu lah sgt kan.

anyway, saya ada cerita nak cerita ^^
last friday kami ada usrah gabungan. Ibtisam v2.0 + gengbiskutmeri v2.0 / v3.5
mule dgn tadarus ptg tu, then iftar together, magrib and then proceed dgn usrah.

dan short story yg dikongsi oleh Farhin sgt menarik, jadi saya share lah disini. begini kisahnya..

Seorang guru berkata kepada muridnya, “Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas,”
“Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya.”
“Tak payah, bawa sahaja karung guni.”
“Karung guni?” soal anak muridnya, seperti tidak percaya.
“Mari kita ke pasar!”

Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.
“Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu,” kata guru itu memberi arahan.
Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
“Cukup?”
“Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik.”

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.
“Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?”
“Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?”
“Ya, ya…” kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.


“Banyak beli barang,” tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.
“Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli,” bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.
“Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu,” kata orang yang lain.


Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
“Oh, letih sungguh… apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?”
“Tak buat apa-apa.”
“Eh, kalau begitu letih sahajalah saya, tak dapat apa-apa pun,” balas anak murid.
“Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas…”
“Bagaimana?” tanya anak murid itu kehairanan.


“Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal.”
“Dengan memikul batu-batu ini?”
“Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu…”

“Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?”

“Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat…
“Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!” ujar murid itu. Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYA' dalam beramal.

the end.

menarik kan? err, saya sorang je ke yang rasa pedas? oh.. teringat pulak kadang-kadang rasa seronok org tahu bila kita buat kerja. astaghfirullah, patut lah selalu sakit bahu. angkat batu rupe-rupenya :(

Ya Allah, jauhilah kami dari sifat riya'. sesungguhnya kami berlindung padaMu, dari kejahatan yang telah kami lakukan, kami mengakui dosa-dosa kami, maka ampunilah kami, kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa, kecuali Engkau. amiin

sentiasa cek balik niat masing2, penatnya.. ruginya.. buang peluh, buang air liur, buang masa, buang duit, buang semua2 tp xdpt apa2 pon sebenarnya. tin kosong. toing2.


dan Allah berfirman,

"Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang, maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka Jahannam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir. Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha kearah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalas dengan baik" [al-isra': 18-19]

..berusaha kearah itu.. isk, bersungguh2 kah aku? kamu pulak bagaimana?

sekian saja. eh semua, Jangan lupa Mega Sale!! Ramadhan 20 hari je lagi tinggal. xperlu ada J-Card :P



13 comments:

kzahrah said...

salam. interesting lho!

mahu forward cerita ni pd kawan2, boleh?

Angahbaek said...

wsalam kzahrah..

sile lah fwd2 :)

100+ said...

ko mmg ad bakat la bab2 sharing neh,haha.ak bangga ko adlh mak usrah ak (T_T)tharu nehhh

ath-thahirah said...

x aci....akak x der masa tu... sedih..
sob2..

Angahbaek said...

To 100+,
farhin yang share lah..
i juga bangga dgn biskut meri :)

to ath-thahirah,
hehe.. kak fatimah gi jln2 pon xaci..
next usrah sile bg sharing best2

blueberRy~ said...

thnx angahbaek for the sharing!!~~yeppy..^^

Angahbaek said...

/blueberRy,
same2 cik may, usrah kamu punye sharing mane cik may? hehe

.:ciK syAmiL:. said...

salam...nice stori!!!
i want more...i want more...
we want more.....

kak fatimah punteng usrah eh?
haaa...

blueberRy~ said...

angahbaek..erk!!!

Angahbaek said...

/cik syamil
ha ah, kak fatimah ponteng usrah! lalala..
senanye i yg xbgtahu die ade usrah. hehe. jgn marah k.fatimah, xplan pun :P

/blueberRy
ape erk erk?

ath-thahirah said...

btul....akak marah dengan hannan sebab x bagitau ada usrah hari tu...
sedih je...tapi takpe...roh akak dan bayang2 akak ada bersama mereka

blueberRy~ said...

hannan & samel~~ u'll have to help me regarding dis weekend!!!

Angahbaek said...

u can do it may! caiyok! =)