iLovePalestine.com

Sunday, October 4, 2009

siapa dia Umar al-Khattab?

salam~

Bismillahhirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

let us start here,
siapa yg xkenal saidina Umar Al-Khattab bin Nufail bin Abd al-Uzza bin Ryah bin Abdullah bin Qurti bin Rizah bin Adiyyi bin Kaab?? meh angkat tangan 0/.
jom same2 kenal.. ini sejarah kite beb!~

~al-faruq, itulah gelaran khalifah ke-2. iaitu orang yang berani menyatakan kebenaran..
~dilahirkan pd 42 tahun sebelum hijarah..
~Hantamah bin Hisyam, bondanya..
~berjaya membebaskan umat islam semenanjung tanah Arab dari kuasa Rom & Parsi
~berjaya menakluk Syria, Iraq, Jordan & Mesir
~Kemuncak kejayaannya ialah apabila berjaya menakluk *Jerusalem dari kekuasaan Rom..
~Memerintah selama 10 tahun 6 bulan 4 hari
~Pengasas sistem politik Islam & pelakksana undang2 syariah dalam negara
~Memperkenalkan pasukan polis (encik2 polis sekalian..pekerjaan kamu semua diperkenalkan oleh khalifah ke-2..mantapla!!)
~Membina markas tentera utk membangunkan pelabuhan bg menguatkan angkatan tentaranya
~Membina bandar-bandar baru bg mengembangkan budaya islam
~memajukan sistem pertanian serta menyusun ekonomi islam
~Mengasaskan sistem pelajaran islam
~dari kaum bani Adi

guys..see.. umat islam hebat bkn? tp skrg? sendiri mau PK la kan...
opss..okey..mesti korang teringat zaman2 kite semua belajar pendidikan islam or al-quran sunnah or sirah time kat sekolah2 dulukan??
dok menghafal la fakta2 nih..semata2 sbb exam..okeh..aku p0n same jeh T_T.. ouh~~

*Jerusalem

~kota suci bagi ketiga2 agama iaitu Islam, Yahudi & Kristian
~di dalam kota ini letaknya MAsjid al-Aqsa yg dibgnkan oleh nabi Sulaiman AS
~time peristiwa israk & mikrajkan.. rasullullah singgah & sembahyang kat masjid al-Aqsa sebelum Mikraj ke langit
~ bg penganut Kristianlakan(semoga Allah bg hidayah kpd mereke)..diorang anggap tmpt suci diorang sbb.. Nabi Isa dilahirkan di Baitullaham berdekatan kota Jerusalem..
~beratus tahun kerajaan Rom memerintah Jerusalem..tp bile Islam dah tersebar dari Mekah, gelabah ah pemerintah Rom & mereke serang Islam.
~tadaaa...time pemerintahan khalifah Umar al-khattab, Jerusalem berjaye direbut secara damai oleh tentera islam di bawah pimpinan Abu Ubaidah al-Jarrah




Kelahiran Seorang Pahlawan
"Aku namakan anak ini Umar al-Khattab.Aku pasti mendidiknya menjadi seorang pahlawan. Dia pasti menebus maruah Bani Adi yang dikalahkan oleh Bani Abdul Syam dalam peperangan. Apabila besar kelak Umar pasti memotong lidah2 penjilat darah itu."
-Al-Khattab bin Nufail al-Mahzumi-
Suami mane yg tak gembira bile tau isteri die mengandungkan?? begitu jugaklah al-Khattab. Dia menyembelih 10 ekor unta dan dibahagi2 kat fakir miskin sebagai tanda kegembiraannyer. Setelah tibanya mase kelahiran... Hantamah(bonda Umar al-Khattab) mengalami kesukaran utk melairkan anak. Lalu, bidan yg plg berpengalamn itu mengatakn kpd al-Khattab:"saya berpendapat....."(dlm keadaan ragu2 utk meneruskan bicaranya).. "Wahai perempuan tua! beritahu aku cepat apa yg engkau hendak katakan kpd aku!" herdik al-Khattab. Perbuatan nya itu ditegur oleh Abu Talib, Ketua bani Hasyim. Bidan itu berpendapat hantamah sukar melahirkan Umar disbbkan dosa2 yg dilakukan oleh suaminya..Al-Khattab seorang yg keras hati, bertabiat buruk, susah diajar & mempunyai pergaulan yg buruk..then al-Khattab pg ke Kaabah & mohon ampun dari tuhan2 mereke.
Dialog ayah & bonda saidina Umar setelah kelahirannya..
Al-Khattab : Aku mahu mendidik anak kita ini supaya menjadi pahlawan Quraisy yg gagah.Dia bakal memimpin orang-orang Bani Adi bg mengalahkan bani Abdul Syam
Hantamah : Aku benci peperangan. Aku tidak mahu anak kita ini mati di medan perang
Al-Khattab : (dlm keadaan marah)..lelaki dilahirkan bg menjadi pahlawan.Anak kita bakal menjadi pahlwan terbilang.Dia pasti menebus malu kaum bani Adi ke atas kaum bani Abdul Syam
hantamah : Aku harap lahir seorang lelaki menjadi penyelamat umat manusia. Lelaki yg membawa panji2 kedamaian & keadilan
Al-Khattab : Aku juga mempunyai harapan yg sama. tp...entah bila ia berlaku....
......
Al-Khattab : Dia pasti menjadi seorang pahlawan. Aku mesti mendidiknya ke arah itu...
~~~S.T.O.P. eyt~ bagaimane anak2 kite nanti eh? adakah kita mempunyai cita2 yg same?(cewaaah)
to be continue.....
insya Allah
p/s: do add any informations regarding saidina Umar al-Khattab!~^__^
may allah bless us:.
better n better~~

7 comments:

sya-shan said...

semuge anak2 kita kelak menjadi pejuang syiar2 islam. ecewah~ amin~~

May Hashim said...

=) amin~

Hannan.R said...

ape dia amalan2 rahsia umar al-khattab eh?

Anonymous said...

"Kalaulah air yang mengalir pada tubuhmu itu bukan dari kuasa Allah maka kami tidak sekali memerlukan engkau! Tetapi kami percaya Allah itu Maha Kuasa dan kepada-Nya lah kami bermohon supaya engkau mengalir seperti sediakala..." surat Umar Al-Khattab yg diutuskan buat Sungai Nil tatkala sungai yang menjadi nadi kehidupan masyarakat Mesir itu mulai surut dan tidak melimpah-limpah seperti biasa...
-heyeb-

May Hashim said...

@angahbaek: ehe..the secretto have not been found yet by the reader..s0ri~

Anonymous said...

"Wahai yang memutarbalikkan hati, teguhkanlah hati-hati kami di atas agamaMu..." antara doa yg sahih dan agung Rasulullah s.a.w ketika sujud, yg kemudiannya menjadi amalan zikir Saidina Umar Al-Khattab.
-heyeb-

along rufaidah said...

nice sharing sis may!
lurve it~

yep..jom same2 berdoa
"ya muqallibal qulub, tsabbit quluubana 'ala deenik.."