iLovePalestine.com

Sunday, March 14, 2010

Wishing all your dreams come true? istighfar^^

salaam and hi. gengbiskutmeri, and CRAss ^^ lama tak post kat sini. biasa lah, pemalas :P

Nak share something. Jumaat lepas, rehat masih ada sejam jadi macam biasa saya ke surau Tower 1 yang sangat sangat selesa untuk tido.. Sampai2 di surau, ada kuliah rupenya. Tapi diteruskan juga niat asal, terus pergi ke bahagian yg tersorok sikit, tempat ustazah tak nampak. Sambil tutup mata, terdengar ustazah tu bercerita. akhirnya tak jadi tido sebab cerita ustazah tu sangat menarik.ceritanya tentang imam Ahmad bin Hanbal dengan pembuat roti. Penah dengar? Saya belum!^^

Ceritanya macam ni,

Pada suatu hari, Imam Ahmad bin Hanbal berhenti di sebuah masjid dengan niat ingin bermalam disitu. Tiba-tiba penjaga masjid di situ memarahi imam Ahmad bin Hanbal lalu dihalaunya keluar (penjaga masjid ni pun satu, tak kenal imam Ahmad bin Hanbal). Puas imam Ahmad bin Hanbal memujuk lelaki tu tapi gagal juga. Lalu imam Ahmad bin Hanbal pon berkata “tak apa lah, kalau aku tak dapat tidur dalam masjid, izinkan aku tidur di kaki lima je” . penjaga masjid itu tetap tidak membenarkan.

Imam Ahmad bin Hanbal pon berkata lagi “kalau macam tu, aku tidur berdiri atas kaki aku sendiri, kau izinkanlah bermalam disini”. Lalu imam Ahmad bin Hanbal pon tidur sambil berdiri. (bayangkan imam Ahmad bin Hanbal dah tua dah masa tu) Melihat keadaan itu, penjaga masjid tetap tak berpuas hati lalu ditolak-tolaknya imam Ahmad bin Hambal supaya keluar dari masjid.

Tiba-tiba lalu seorang pembuat roti dan diperhatikannya Imam Ahmad bin Hanbal dihalau oleh si penjaga masjid. Si pembuat roti berasa kasihan melihat sorang tua yang diperlakukan sedemikian lalu dia pon mengajak imam Ahmad bin Hanbal untuk bermalam dirumahnya. (pembuat roti ni pun tak kenal org tua tu imam Ahmad bin Hanbal)

Di rumahnya, si pembuat roti melayan imam Ahmad bin Hanbal sebagai tetamu. Tiba masa si pembuat roti membuat kerja nya, imam Ahmad bin Hanbal kagum melihat si pembuat roti sentiasa beristighfar semasa menguli rotinya. Sambil menguli, dia beristigfar dan beristigfar dan beristighfar, tak henti henti.

Pada keesokan paginya, Imam Ahmad bin Hanbal bertanya kepada si pembuat roti “apa yang kamu dapat beristighfar banyak – banyak ni?” (imam Ahmad bin Hanbal juga musykil dengan tabiat si pembuat roti)

Maka jawap si pembuat roti, "Alhamdulillah, saya sering beristighfar walau dimanapun saya berada dan walau keadaan apa sekalipun saya hadapi. Sejujurnya, tidak ada satu doa pun yang aku pohon kecuali Allah Subhanatu wa Ta'ala akan memperkenankan doa ku itu."

"tapi, hanya satu saja hajatku yang belum Allah makbulkan” sambung si pembuat roti.

"Apakah hajat itu?" tanya Imam Ahmad bin Hanbal.

"Aku ingin sekali berjumpa Imam Ahmad bin Hanbal”

Maka terkejut yang amat sangatlah imam Ahmad bin Hanbal… “ya Allah, akulah imam Ahmad bin Hanbal. Rupa-rupanya sebab inilah aku begitu susah untuk bermalam di masjid, semuanya disusun oleh Allah untuk memenuhi hajatmu!"

......The end.


Masya Allah... cuba bayangkan, semua hajatnya diperkenankan! Semua! Kita pulak macam mana? Dalam banyak-banyak hajat nak dapat satu pon susah eh? T.T Kadang kadang berdoa punya berdoa tapi tak juga dimakbulkan. barangkali kita memang jarang beristighfar. Buat dosa dah la banyak, amalan pon ntah betul niat kerana Allah ntah tidak. Ye ke kerana Allah? Hmm..

Ingat, ini bukan cerita dongeng Son Goku dengan tujuh bola naga. Ini kisah benar. so, nak berjaya? Tipsnya.. banyakkan lah beistighfar… nak kahwin dengan putera raja? Istighfar.. istighfar… ^^

Sama-sama kita bermuhasabah dan memohon ampun atas dosa dosa kita yang sedar dan tak sedar.. astagfirullahal ‘azim…



2 comments:

along rufaidah said...

thanks for this..
love it
cik penulis tak nk copy-paste letak kt yahoogroup kperak ke? blog kperak pun ok jgk ;)

contenganjalanan said...

salam~
nice sharing.. =)