Dilihatnya ahli pasukannya tiba satu persatu di gelanggang bola jaring. Adik2 nampaknya sudah bersiap sedia di tepi gelanggang, menunggu yang lain tiba. Tersenyum Nisa melihat mereka warming-up tanpa disuruh. “Kan senang, tak perlu suruh2,” Nisa seronok melihat sikap adik2nya. Cuma satu sahaja merunsingkannya ialah rakan sebiliknya yang tidak lagi turun ke gelanggang. Semua ahli pasukannya telah tiba kecuali rakannya itu, Syahira.
Pasukan Dang Anum kelihatan sudah bersedia. Nisa semakin resah kerana ahlinya masih tidak cukup seorang. Ditanya setiap seorang yang ada di situ sama ada mereka ada ternampak Syahira atau tidak. Senang rasa hatinya apabila salah seorang menyatakan Syahira sedang dalam perjalanan. Tidak lama kemudian , muncullah Syahira di gelanggang bola jarring tersebut.
Nisa menepuk dahinya apabila ternampak Syahira tiba dalam berbaju hijau.
Nisa :Awat kau pakai baju warna hijau? Tu kan warna Dang Anum? Kenapa tak pakai baju warna kuning cik kak oi?
Syahira :Baju ni je yang ada. Alaaa… takpela… bukannye ape pun
Nisa : -_-‘ …. Kau tu dah lah jarang turun practice, adik2 yang ada dalam team ni pulak ada yang baru lagi, cammane la diorang nak cam kau time game nanti ?
Syahira : hehe… takpe, diorang kenal punya.
Tiada masa lagi untuk mereka bertelagah perihal warna baju. Perlawanan terpaksa dimulakan.
……...................
Pasukan Mahsuri kecewa dengan kekalahan tipis. Sangkaan bahawa peralawanan kali ini akan berakhir dengan markah seri meleset apabila Syakie dari pasukan Dang Anum berjaya menjaringkan bola di saat2 akhir.
“Nad, kenapa tak pass bola tadi? Kan aku dah diri dekat je ngan kau, position aku cantik je untuk shoot masa tu,” Syahira menyoal Nad si adik baru dalam pasukan dalam keadaan separuh kecewa dan separuh marah. Dia yakin jika pada waktu itu bola berjaya berada di dalam tangannya, dia akan dapat menjaringkan bola dan sekali gus mengakhirkan perlawanan hari itu dengan pasukan Mahsuri sebagai juara.
Tapi apakan daya, yang sebaliknya pula berlaku, Nad cuba memberi bola kepada Nisa yang berada agak jauh dan akhirnya bola itu berjaya ditepis oleh ahli Dang Anum. Dengan pantas mereka pass bola kepada ahli mereka menuju kepada penjaring terhebat mereka iaitu Syakie yang sedang sedia menanti ketika itu. Bola disambut baik oleh Syakie dan tanpa membuang masa Syakie menjaringkan bola menamatkan perlawanan hari itu.
“Maaf , saya tak perasan kak Syahira tadi,” Nad menjawab dengan perlahan sambil kepala tertunduk ke bawah. Kecewa dengan prestasi dirinya sendiri ketika itu.
Nisa yang sedang duduk mengeringkan peluh bangun menghampiri mereka berdua, “Sudahlah, bukan salah siapa2. Adat perlawanan, pasti ada yang menang dan ada yang kalah. Pengajaran buat kita kali ini, lain kali pastikan semua ahli kita pakai warna yang sama. Ada tujuan ditetapkan warna bagi setiapkan pasukan antaranya ialah untuk memudahkan membezakan siapa Mahsuri dan siapa Dang Anum. Lagi satu, bila nak pass bola, double scan you’re surrounding. Pastikan dulu kepada siapa nak pass bola. Rancang baik2 nak beri bola kepada siapa,” .
Maafkanlah mereka yang tidak mengenalimu secara dekat jika mereka menegur perihal agamamu. Mereka tidak tahu bahawa kamu berpakaian sebegitu kerana mahu, bukan keran tidak tahu.Manusia sememangnya terhad apabila hendak membuat keputusan, kerana mereka hanya ada mata dan telinga untuk membuat penilaian yang pertama.
Dilihatnya kamu berpakaian seperti yang bukan Islam, apa yang terlintas di kepala mereka, mungkin kamu tidak tahu hukum menutup aurat. Usahlah marahkan mereka , mereka tidak tahu kamu ini mempunyai pengetahuan tentang perihal itu dan ini dalam agama. Tetapi luaranmu tidak melambangkan apa yang engkau tahu. Ilmu tanpa amal. Inilah kesannya.
Niat murni mereka untuk menyelematkanmu dari jahiliyah yang menguasai mindamu. Ayuh, selamatkanlah dirimu, keluarlah dari lingkungan jahiliyah. Allah sudah menggariskan cara berpakaian untuk kita muslimah. Pelabagai hikmahnya jika berpakaian mengikut perintah Allah.
Lets dress properly!!!
12 comments:
salaam..
soo truuueee... pernah one time, i thought this girl is non-muslim or rather a sarawakian or sabahan. tiba2 dapat tahu nama dia.. terus.. oh my.. sungguhlah, pakaian melambangkan siapa kita. analogi yang baik nola.. :)
soooo like... ada muslimah, pakai tudung, tapi pakai baju t-shirt yang hampir tak ada lengan.. tak faham betul apa yang diorang cuba buat... ada pulak pakai tudung, tapi rambut boleh nampak macam ekor kat belakang...
Good efforts. All the best for future posts. I have bookmarked you. Well done. I read and like this post. Thanks.
Good efforts. All the best for future posts. I have bookmarked you. Well done. I read and like this post. Thanks.
The post is very informative. It is a pleasure reading it. I have also bookmarked you for checking out new posts
The post is very informative. It is a pleasure reading it. I have also bookmarked you for checking out new posts
The post is handsomely written. I have bookmarked you for keeping abreast with your new posts.
The post is handsomely written. I have bookmarked you for keeping abreast with your new posts.
A very well-written post. I read and liked the post and have also bookmarked you. All the best for future endeavors.
A very well-written post. I read and liked the post and have also bookmarked you. All the best for future endeavors.
CAN Vending Solutions puts tremendous emphasis on customer service as we put our customers first. At CAN Vending, we understand that our success will come from the satisfaction of our customers and their staff/members. At CAN Vending, we will make recommendations to our customers about the best drinks and snacks.
Banyaknya SPAM!!
:D
Analogi yang menarik. pakaian melambangkan peribadi, peribadi melambangkan diri.
Diri itu cerminan apa yang kita pegang..
=='
Salam dari PSR.
Post a Comment