iLovePalestine.com

Thursday, August 13, 2009

pencarian nafkah

salam...

waaah dh lma x updated blog beskut meri..dh bhabuk neh..mn geng2 skalian? bz kah anda dgn pkejaan di sana? angabaek?hahaha.
just nk sharing sket2 je ng geng2 yg jauh di mata tp dkat di gtalk..hehe.
14/08-16/08 ni utp ad convofair..so k-utp ad bukak booth nanti.agak meriah jgk la nk bkak booth neh.ala2 mcm nk raya g2 plak.meh hamba menceritakan serba sdikit ape yg blaku mlm sblom booth dibukak iaitu mlm ini 14.08.09,4.36 a.m..
kitorg (akhawat2) bkumpul kat BIZZ at 9pm utk sdikit gerak kerja.team dibahagikan kpd 2 iaitu team muffin(bajet2 pro-chef) dan team audit (otak2 geliga..haha). yg team muffin ni of course la keje dorg buat muffin kan...1st trial muffin xjadi,kakakaka. tp team muffin xbputus asa (bgus2),mereka mncuba dan mcuba dan akhirnya jd jgak la muffin tu..muffin 2 sbenarnya nk jual kt booth kitorg nt.(sdp jgk la dorg buat,blh la sape nk msuk mtk ye).team audit plak keje -nya melabel kan hrga brg yg nk di jual nt,buat list n so on..rajin giler bdak2 audit (puji lebeh sb yg tlis pic nye..hehe).sbenarnya bkn la kerajinan kitorg yg mahu di tonjolkan di sni w/pon kitorg mmg rajin thp gaban, the main point is ukhuwwah (xtau la eja btol ke x) tu yg penting. bla bkumpul ramai2 cm2 n buat keje sama2 trasa ala sweetnya (ikut gaya asma' ye).tp yg lg best bla dgr ad geng beskut meri yg nk dtg iaitu cik maymunah,hehehe. geng2 usrah yg lain pon ad jgk iaitu cik syamilla n jgk sis zahrah..waahh kecoh r nt kt booth.pas2 kan ad lagi planning nye..nk g men roller blade la mlm2..oi cik kak larat kee..so to beskut meri yg xdpt dtg iaitu nola,min n wani mira,jgn besdey ye..kami tlg bgembira utk anda.hehe

p/s: thanx tu kak tah bg guna BIZZ
-also happy besday to ameerah k-perak :asma' ahmadon

-team muffin : hannan,kak fatimah,hazwani,thasya,deeya
-team audit : amira,filzah,rufaidah,farhin,anis, kwn filzah 2 org
tauke : ust mashitah sabdin

Monday, July 13, 2009

anak s0lehah~aku? kamu?

salam~
Kisah sedihhhh sangatt......

Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter pejabat
Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam
senarai jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini..

"Tapi pak cik kena bayar segera bahagian makcik yang masih tak cukup
tiga ribu lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti
dibuat,"beritahu pegawai itu lagi.
"Insya Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera," janji Pak Uwei.
Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya.
Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji dia terus balik ke rumah.
"Pah.... oo..Pah!" teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya.

"Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?" tanya Mak Pah.

" Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ini
akan tertunai. Insya Allah dua bulan lagi kita akan ke sana.Tak sabar
betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai, " cerita Pak Uwei
dengan wajah berseri-seri.

"Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak
dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai."

"Betullah Pah oii... saya ni baru je balik dari pejabat Tabung Haji.
Cuma duit bahagian awak tu, tiga ribu lagi kena bayar segera selewat-
lewatnya minggu depan."

"Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itu
pun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam
seribu." Mak Pah merenung gusar wajah suaminya.

"Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka
tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja."
Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak- anaknya yang dua
orang itu tidak akan menghampakan harapannya.

"Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik boleh kita
berunding," cadang Pak Uwei.

"Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu. Tak elok
kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata menantu kita nanti
nak ke Mekah minta duit anak-anak." Mak Pah tidak bersetuju dengan
rancangan Pak Uwei.

"Pah... Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan mereka,
hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh
lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak
bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan kita kali
ni." Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada
anaknya.

"Tapi bang?... "

"Dahlah... pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala.

Saya nak telefon budak-budak tu," pintas Pak Uwei sebelum Mak
Pah melahirkan kebimbangannya. Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang

dia akan pulang kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia
hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya.

"Insya Allah Kis balik nanti abah. Emm... abah nak Kis suruh Intan balik
sama?" tanya Balkis.

"Ikut suka kaulah, bagi abah yang pentingnya kau dan Muaz. Intan tu ada
ke tidak ke, sama aje. Balik ya?... ," balas Pak Uwei.

Bukannya dia membeza-bezakan anak-anak tapi hati tuanya cepat benar panas

bila berhadapan dengan Intan. Sikap degil dan tak mahu mendengar kata
anaknya itu menyebabkan dia tersangat geram. Sudahlah malas belajar tidak
seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah. Kalau ditegur
sepatah, sepuluh patah tidak menjawab tidak sah. Masih Pak Uwei ingat
gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang mereka bertengkar
besar tiga tahun lalu. Kini hubungan mereka seperti orang asing.

"Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung
belajar lagi." Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak
bekerja kilang.

"Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang.
Kerja kilang pun bukannya haram." bantah Intan menaikkan darah Pak uwei.

"Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok
berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari
mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak bebas macam tu?"

"Itulah abah, selalu nampak yang buruk aje. Bukan semua yang kerja kilang

duk kat KL tu jahat abah. Kerja apa dan kat mana pun sama aje, pokok
pangkalnya, hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh, abah." Intan
cuba membuat abahnya faham.

"Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau. Cuba kau
tengok Balkis tu, tak pernah dia membantah cakap abah macam kau ni!"

"Intan memang tak sama dengan Kak Balkis abah, Intan suka berterus
terang, kalau tak kena Intan cakap depan-depan bukan membebel kat
belakang," balas Intan selamba menyemarakkan lagi bara dalam dada abahnya.

"Anak tak mendengar kata!!, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi,
pergi... aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke?, telangkup
ke?, gasak kaulah. Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu
lagi!!"

Sejak kejadian itu, Pak Uwei memang tidak memperdulikan langsung apa yang

Intan nak buat. Namun begitu Intan tetap pulang setiap kali cuti, dia
bersikap selamba biarpun abahnya tidak memperdulikannya.
Intan selalu menghulur duit tapi hanya kepada maknya sahaja.

Riang hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan
pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. Malam itu selesai menikmati makan
malam dan berjemaah sembahyang Isya`, mereka duduk berborak di ruang tamu.

"Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni, ada hajat sikit," Pak Uwei
memulakan bicara.

"Hajat apa pula abah?" tanya Muaz yang duduk di sebelahnya.

"Abah dan mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai. Memandangkan
bahagian mak kau masih belum cukup lagi abah nak minta Kau dan Balkis bantu

sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah," Pak Uwei mengutarakan
hasratnya.

"Boleh tu boleh abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru aje
keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan dua lagi
bolehlah Az ikhtiarkan," ujar Muaz.

"Tapi... pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat-
lewatnya minggu depan."

"Kalau dalam seminggu dua ni abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak

pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan
budak-budak ni Az keluarkan," jawab Muaz serba salah.

"Kau beli rumah lagi?., Rumah yang ada tu kau nak buat apa?" tanya
PakUwei melindungi kekecewaannya.

"Rumah baru tu besar sikit, abah. Selesalah buat kami sebab budak- budak
tu pun dah besar, masing-masing nak bilik sendiri. Lagipun beli rumah tak
rugi abah, pelaburan masa depan juga," sampuk Mira isteri Muaz.

Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis. "Kamu macam mana Kis,
boleh tolong abah? Nanti abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki
durian berbuah kat dusun kita tu nanti," Pak Uwei berpaling Pada Balkis.

"Kis pun rasanya tak dapat nak tolong abah. Kis baru aje keluarkan duit
simpanan buat menambah modal perniagaan abang Man. Tengah gawat ni faham
ajelah... ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi."
Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis.

"Man bukan tak nak tolong abah.... Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh.
Tapi yelah, kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit
pinjaman."

"Betul kata Man tu abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan
sendiri baru elok," sokong Muaz. Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan sembilu
yang menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei

terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan
menghampakannya.

"Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah abah kau pergi seorang
dulu, nanti kalau ada rezeki mak pula pergi," Mak Pah bersuara cuba
meredakan keadaan.

"Kalau nak pergi sendiri, dah lama saya pergi Pah!. Tak payah saya tunggu

lama-lama. Kalau awak tak pergi biarlah kita sama-sama tak
pergi... dah tak ada rezeki kita nak buat macam mana?" Pak Uwei bangun
masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal.
Intan tahu abahnya benar-benar kecewa. Walaupun orang tua itu tidak
menunjukkan rasa kecewanya tapi Intan faham kecewa abahnya teramat sangat
kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan
mengecewakannya begitu.

"Anak awak tu tak balik ke?" tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak

turut serta balik bersama abang dan kakaknya.

"Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti," balas Mak Pah sambil mencapai

kain selendangnya.

"Nak ke mana pulak tu?" tanya Pak Uwei melihat MakPah bersiap-siap.

"Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya Intan, kuih lepat ubi
kegemarannya. " Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebut anaknya. Bukan
sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak.

Pagi Isnin tu selepas bersarapan Intan bersiap-siap hendak keluar.

"Nak ke mana Intan pagi-pagi lagi dah bersiap ni?"

"Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye."

"Kalau nak ke bandar suruhlah abah kau tu hantarkan," suruh Mak Pah.

"Tak payahlah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula
abah tu. Intan pergi dulu."sambil mencium tangan Mak Pah yang menggeleng
kepala memerhatikan Intan berlalu pergi.

Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati, membuat
anaknya itu menyisihkan diri.

Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu mak dan abahnya sedang
menikmati juadah tengah hari.

"Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama.
Ni abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api."

"Ingat lagi abah lauk kegemaran Intan rupanya," usik Intan tak bertangguh

mencapai pinggan.

"Mak bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje yang
lupakan mak bapak," jawab Pak Uwei sinis.
Intan tersenyum pahit. Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan
solat Zohor kemudian dia mendapatkan mak
dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedang membaca
suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain.

"Mak, abah... Intan ada hal sikit nak cakap ni... ," ujar Intan
menghampiri mereka. Pak Uwei menurunkan suratkhabar
yang dipegangnya kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk
membaca.

"Apa hal... kamu nak kahwin ke?" soal Pak Uwei merenung Intan. Tawa Intan
meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya.

Melihat Intan tergelak besar Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak

sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang
hilang dulu mula menyatu. "Abah ni... ke situ pulak...."

"Habis tu?"

"Ini... Buku Tabung Haji mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu. Yang ni,
resit memasukkan duit ke akaun mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua
ribu untuk buat duit kocek mak dan abah. Yang dua ratus lagi ni untuk buat
kenduri doa selamat sebelum
berangkat nanti."Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei.

"Apa??" Pak Uwei terkejut matanya merenung Intan dan duit di tangannya
bagai tidak percaya.

"Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh
Intan yang halal abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali
kecewakan abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati abah. Selama ini
pun Intan selalu sangat rasa kalah pada abang Az dan Kak
Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak
seperti mereka. Intan tahu abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini
Intan dapat tunaikan hasrat abah. Dah banyak kali abah tangguhkan hasrat
nak naik haji. Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pula tak
sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap, abah sudi terima
pemberian yang tak seberapa ini dari Intan,"
tutur Intan perlahan memerhatikan airmata menuruni pipi abahnya yang
sudah berkedut dimamah usia.

"Terima kasih Intan. Malu rasanya abah nak ambil duit kamu... dulu abah
selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi tapi
akhirnya anak abah yang kerja kilang yang membantu abah," luah Pak Uwei
sambil mengesat airmata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini
dimusuhinya.

"Sudahlah abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. Intan
gembira abah sudi terima pemberian Intan."

"Pemberian kau ni terlalu bernilai bagi abah dan mak kau Intan..."ujar
Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat.

"Hah... tulah, jangan suka memperkecil- kecilkan anak saya ni," MakPah
mengusik Pak Uwei sambil mengesat airmata penuh kesyukuran.

"Mak ni...... ," gelak Intan memandang abahnya yang tersengih.

Masa yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang
menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan perasaan gembiran
bercampur hiba.

"Semua dah siap ke mak?" tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya
memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah.

"Dah rasanya... ada apa-apa yang Intan nak pesan mak belikan di sana
nanti?"

"Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli mak. Yang
penting mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna."

"Hah, awak dengar tu...... kita ni nak pergi menunaikan ibadah, bukan nak
membeli-belah, " tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan dua-beranak

itu.

"Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana . Hanya satu
yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat,"
pesan Intan sambil memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan.
Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu.
............ ............ ......... .......
Hanya dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei
mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah
menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit rasa tidak sedap
di hati. Perasaan rindu pada anak-anak terutama Intan bagai menyentap
tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di tanah
suci. Intan tidak berkata sepatah pun tapi bagai memberitahu yang dia akan
pergi jauh.

"Kenapa resah aje ni, bang?" Mak Pah terjaga.

"Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita."

"Sabarlah, dah nak sampai dah ni," pujuk Mak Pah.

Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka.

"Mak... abah... ," Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya

tanpa dapat menahan airmata menitis laju.
"Mana yang lain ni, kamu berdua aje?" Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari
wajah Intan.

"Mereka menanti di rumah, abah," beritahu Azman suami Balkis sambil
mencium tangan Pak Uwei. "Intan pun tak datang juga ke?" Tanya PakUwei
terasa hampa.

"Awak ni... kan Man dah kata mereka menunggu di rumah." Mak Pah
menggeleng, dua tiga hari ini nama Intan tak terlepas dari mulut
> suaminya. Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa
begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut
berasa bagai ada yang tak kena.

"Dua tiga malam sebelum balik, abah kau mengigau terjerit-jerit dia
panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati."
> cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman. Muaz diam sambil mengerling Azman
yang sedang memandu.

"Tentulah abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit," balas
Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu.

"Tapi, abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi abah tu,
abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh. Tapi dia tak
bercakap pun hanya renung abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?"


"Err... tak ada abah. Kita berhenti minum dulu abah, tentu mak haus,"
ajak Azman menukar tajuk perbualan....

"Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik," tolak Pak Uwei.

Azman dan Muaz hanya berpandangan.... Sebaik turun dari kereta, Balkis
meluru memeluk mereka dengan tangisan.. Suara Pak Long
Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata.

"Mak dengan abah sihat ke?" tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa
mentuanya.

"Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke?" Mak
Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan.

"Naik dulu Ngahnya...," suruh Long Semah.

"Intan mana?" Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu
di mana Intan. Pantas dia memanjat tanggu menuju bilik
Intan. Matanya terpaku pada bekas bara yang terletak di sebelah katil
yang bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar.

"Az... mana Intan? Mana adik kau Az?" tanya Pak Uwei dengan suara yang
menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu.

"Sabar abah... ," Muaz menggosok belakang abahnya.

" Kenapa Az ... kenapa?" Mak Pah menurunkan Syazwan cucunya dari pangkuan

dan melangkah laju ke bilik Intan.
"Mak... Intan dah tak ada mak," Balkis tersedu memeluk emaknya yang
terduduk lemah.
Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan.
Bila dia terjaga dia melihat anak menantu
mengelilingnya. Pak Uwei duduk di tepi kepalanya.

"Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergipun dalam keadaan
tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai,"
pujuk Long Semah yang masih belum pulang.

"Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan
hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak.
Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih
atas pemergiannya.
Dia minta kita doakan dia," Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah.

"Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?" tanya Mak Pah
tersedu sedan.

"Kami semua ada mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya mak.
Sebenarnya dia yang ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah sebelum
mak dan abah balik. Masa sampai tu dia sihat lagi tiba-tiba malam Khamis tu

lepas solat Isya` dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak
hantar ke hospital tapi katanya masa dia dah tiba.
Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal subuh hariJumaat
mak... tiga hari lepas. Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenangmak,"
cerita Muaz.

Mak Pah mengenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan
memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka. Dan ketika itu
bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan,"Intan tak nak mak dan abah
belikan satu apa pun dari sana . Hanya satu yang Intan mahu, mak dan abah
doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat.."

Tamat....

Moral cerita ... buat baik dan berbaktilah kepada kedua ibu bapa
sementara mereka masih ada di dunia ini. Harta benda hanyalah
sementara berbanding amalan yg kita lakukan selagi tubuh badan kita
bernyawa. Renung-renungkan. .......

Sunday, July 12, 2009

hello2..

hello2..anybody home?
he3
salam guys~

geng2 biskut meri bz dgn workloads masing2..
cuti da nk habis kn?
results pn da kuar..
kongratulasi for those achieve flying colours
and satisfying results..clap3~~
mine results?
alhamdulillah..altho not deans and sgt jtuh d timpa langit,
but looking forward to perform better..he
end of discussion!

motif conteng2 dz tyme
nk crt my training period..
walla~
at 1st,culture shock la jgk
wpun intern kt melake jek..(not german ot italy =p)

having new knowledge,
mingling wif new ppl around,
handling new stuffs,
and xbajet pn,
buat bnd2 yg xpenah blaja dlm klas! =_=
but then,
its a great oppurtunity la
to work there..hee ^_^v

the plants (loji tapis minyak,not tumbuh2an ok)
are quite awesome,
got psr 1 and psr 2,
(psr=petronas second refinery)
tp dpt visit time ad kelapangan jek..

my job byk dkt office+lab..
rs mcm nk jd chemist pn ade..
(but then cannot sbb not taking pure chem)
men bancuh2 minyak,
test tu,test ni..
the surrounding totally different la dgn lab kt utp
yg suci bersih dan sunyi tuh!haha =p

utk geng2 yg xintern lg,
choose ur intern place baek2,
go for sumthing u like,
nnt u'll regret..
intern 8 months k,not 8 days..
till then guys,
to be continue..

regards,
trainee_pp(m)sb ^_^

Saturday, May 23, 2009

biskut meri, biskut kering, biskut tiger

refering to the matter above... <-- ecewah.. macam nak setat wat surat rasmi je
okay, lets try again.. gotta be serious this time... :P

The subject above is referring to 100+’s previous post where as she said that it’ll be biskut kering next sem because of the absence of may,min,wani n nol. This is due to our internship program.Well, lets see about that...


We are made to face obstacles. Rite?

Do people think that they will be left alone because they say: "We believe," and will not be tested. And We indeed tested those who were before them. And Allah will certainly make (it) known (the truth of) those who are true, and will certainly make (it) known (the falsehood of) those who are liars, (although Allah knows all that before putting them to test).

Al-Ankabut(The Spider), 2 n 3


As you can see now, we are being tested. We can’t just say we have a strong faith and believe towards Allah unless we have being tested. This is just another round of the test. The test is the absence of dear friends in front of your eyes. But remember, we will always be there for you. Maybe not in front of your eyes, but we will always be inside your heart. Like the phrase use in tv9 “Dekat Di Hati”…. Keep that in mind everybody, we will always have each other and we will always have Allah for He will never fail us.


And we will all definitely have the ability to face this obstacles rite?

Allah burdens not a person beyond his scope.

Al-Baqarah(The Cow),286


My tears came rolling down my cheeks the first time I read this sentence, that is the first time when I really understand the meaning. We can see through this sentence how merciful Allah is. Isn’t He really sweet? How lovable he is towards us all. Allah definitely is The Most Merciful. He wont put burdens beyond one’s scope or ability. So, our separation now is just another obstacle or burden that is totally within our ability to face it.Ganbatte! We can do it!


Really, I also cant imagine how we will be without our weekly meetings(usrah).. like Syamel once said when she joined our usrah “Usrah ni macam nasi.” That sentence alone told us many things. Usrah is indeed important for us. If nasi gives strength to our body, then usrah gives strength to our soul. Nonetheless, everything depends to Allah how strong we are going to be no matter what we do. Insyaallah we will all be just fine. ^_^


New place means new friends, new environment, and not to forget, new usrah too! This is the chance for us to get to know more people. New people and more knowledge. Everybody has their own style, so, we will be learning new things from them. Expand your knowledge my dearest friends, this is the time. And we shall share it. Through this blog is the best way I guess. Make full use of this medium ey.. ~_^ this beautiful PINK blog~ wuuuu~


Well then, whether its biskut meri(the more the merrier) , biskut kering(because of the absence in the eye), or even biskut tiger(because we are stronger than ever).. we will always be a family… no matter what.. no doubt bout that. Insyaallah.


Hugs n kisses everybody…


Shed your tears and show your smile (^_^)

Thursday, May 21, 2009

near yet so far

salam to all..
da lame xb'sua entry kt blog ni..(malu mungkin~haha)
same cm 100+,my words x appropriate sgt in writing2 niyh..hehe

started 18th may, today oready 21st!
paper yg dulunye empat kini hanye tggl satu utk disental~!
hihu..
but then sedar xsedar sem jan 09 da nk mlabuhkn tirai~(uiceh!)
huhu..
the fastest and exhausted sem ever in utp i think~

tbe trigat last gather2 biskut meri
time makan2 mee udang banjir kt tronoh..
in conjunction with wida' mummy's our mummies(mummies is mummy2 taw,bkn mksd len =p)..
(phm ka?ayt complicated-)
the moment that will never fade from my mind..

yg sorg tu lawak pki bju cm jd bride wpun hakikatnye...~
(jgn mrh ok!gurau jek =))
yg sorg lg t'tggl dslr yg sgt2 patut ade time tu,
yg sorg lg tolong blnje org yg da fulusless,haha
yg sorg lg dtg time last2 pastu agkut sy bwk blk..=)
sorg lg xdpt dtg tp sokay,nxt time plak..he

nxt sem da ssh da nk gather lg since 4 of us akn interning d tmpt masing2..
hiiuu~
gonna miss u all guys,biskutmerians yg cute2..
thnx a lot 4 being such a wonderlful mates~
to sape2 yg kne tggl tu..surely akan rindu ktorg (prasan) and
rjin dtg la jln2 kt tmpt intern ktorg..hihi

erm...b4 ends,
nk dedicate lgu ni utk sume n especially to sek2 biskutmeri~

Thank you for simply being there
On the cloudy day
On the sunny day

Thank you for sharing your joys
And pain with me
For showing me that I am so special
That my contribution counts to our friendship

I have grown as a person
And I hope you have too
oo friend...

Thank you
Thank you
Thank you
Just for you..

Thank you for simply being my friend
For the special memories
We share together now

For the never ending support
You always give me
Oh friend

I will always love you
I can't tell you how much
That you mean to me

I pray for our everlasting friendship
Never ever say goodbye to yesterday

Cause yesterday was a special and wonderful
And I hope tomorrow will be better

Thank you for everything...

Mirwana-Thank You

i'll try to post another entry b4 heading back to hometown dz 24th!

Sunday, May 17, 2009

mungkin bosan!

(mgkin wallpaper sy)

salam..
w/pon saya(pgunaan bhsa yg lbh proper) tau ni adalah blog utk geng2 kitorg tp sy rs cm nk wt blog ni mcm sy pnya lah..klu admin xstju admin blh dlete ni k.
slpas penangan paper fes n probstat in 1 day ritu..sy rs sy dh iseng(sila rjuk sape2 yg tau).di kala bosan stadi transport,sy mlayan kamen rider den-o the muvi n ultraman yg ad 8brothers 2..mgkin anda akan bpikir xde cite lain ke ko nk tgok.ye,mmg xde cite lain.2 je la cite yg sy rs best(tiada tandingan mgkin).ape yg sy mau cite sbenarnya??hmm xtau laa..mcm org yg dh lost.

ok2,sy dh tau ape yg nk di cite.
w/pon final sem ni agak menghambarkan tp..ad jgk la bnda sweet..
cth nye: - sya-shan buatkan sy jadual blaja tym stadi week..thanks (sy tharu..)
-cik lebah mrupakan org yg plg kuat menyepot sy (n kuat membebel gak (^_^) sy suka)
-cik lebah sntiasa msg tya stadi ke x?bla paper?sy rs spt sy ad kakak (mgkin d alam fantasi)

mgkin sem dpan sy dh xdpt sume 2 sbb sya-shan,blackmores,wani mira n cik lebah dh g intern.tgal la sy dgn angahbaek (???),so dh xde dh beskut meri ni sem dpan.maybe tkar jd beskut kering(sy siyes).

ok la,sy nk smbung stadi n kamen rider.henshin!!


Saturday, May 16, 2009

Sekalung doa buat dia..

Bismillahirrahmanirrahim,


Ya Allah…

Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini.

Ya Allah…

Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan. Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku.

Ya Allah…

Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.


Ya Allah…

Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan.
Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupkan

Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya.
Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkan.
Tiada suatu
kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkan.
Tiada suatu hajatnya
dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai melainkan telah Engkau tunaikan baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.


Ya Allah…

Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.


Ya Allah…

Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.

Ya Allah…

Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikan.


Ya Allah…

Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga.
Ya Allah
perkenankanlah permohonanku.


Ya Allah…

Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya.
Dan Engkau
mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya.


Ya Allah..

Aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi hatinya,
dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya
tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah semata-mata menimpa dirinya melainkan untuk memberi hikmah kepadanya.


Ya Allah…

Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang teguh buatnya mencari kebenaran. Cahaya yang dia jadikan ikutan dan cukupkanlah rezeki bagi dirinya . Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.


Ya Allah…

Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.


Ya Allah…

Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agung.

Amin ya rabbal alamin.